Wednesday, June 29, 2011

Kuih Tart Nenas

Bahan bahannya
500g mentega
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
1 sudu teh vanilla esen
2 sudu makan susu manis
800g tepung gandum
sedikit garam 
inti nenas secukupnya


JEM NENAS
2 biji nenas mengkal dan kuning
450g gula pasir
1 biji pelaga
2 kuntum cengkih
Parut kasar nenas. Tapis dan toskan. 
Jangan di perah! masukkan kedalam periuk(sebaik-baiknya, gunakan periuk non-stick) dan masak dengan api sederhana sehingga nenas nya kering sedikit. 
Masukkan gula, pelaga dan cengkih, dan masak lagi sehingga ia semakin pekat dan berkilat dengan api yang kecil. Biarkan ia kering sedikit baru matikan api dan sejukkan.


Caranya
Mentega, telur, susu manis,garam dan vanilla di pukul rata.
Lalu masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
Canaikan doh kemudian diterap
Isikan inti kemudian sepit sekeliling doh tadi 
( jika mahu )
Bakar pada suhu 170deg.C sehingga masak.