Wednesday, June 29, 2011

Kuih Tart Nenas

Bahan bahannya
500g mentega
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
1 sudu teh vanilla esen
2 sudu makan susu manis
800g tepung gandum
sedikit garam 
inti nenas secukupnya


JEM NENAS
2 biji nenas mengkal dan kuning
450g gula pasir
1 biji pelaga
2 kuntum cengkih
Parut kasar nenas. Tapis dan toskan. 
Jangan di perah! masukkan kedalam periuk(sebaik-baiknya, gunakan periuk non-stick) dan masak dengan api sederhana sehingga nenas nya kering sedikit. 
Masukkan gula, pelaga dan cengkih, dan masak lagi sehingga ia semakin pekat dan berkilat dengan api yang kecil. Biarkan ia kering sedikit baru matikan api dan sejukkan.


Caranya
Mentega, telur, susu manis,garam dan vanilla di pukul rata.
Lalu masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
Canaikan doh kemudian diterap
Isikan inti kemudian sepit sekeliling doh tadi 
( jika mahu )
Bakar pada suhu 170deg.C sehingga masak.

Biskut Bunga Cina


Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )

  • 100gm mentega/marjerin
  • 90gm gula caster/halus
  • 1 biji telur (A)
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung ubi/kanji
  • ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara

  1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
  2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
  3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
  4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
  5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
  6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
  7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
  8. ** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..

CORNFLAKES MADU COKLAT CHIPS

Bahan A
150 gm butter
90 gm gula kastor
5 s/b madu

Bahan B
250 gm cornflakes [ramaskan sikit]
100 gm coklat chips
100 gm badam cincang panggang



1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
4. Hiaskan dengan coloring rice/coklat rice
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Tart Nenas Gulung Gebu

Grrrr.. I just spent nearly an hour writing the recipe and detailed explaination of the latest rolled pineapple tarts until I accidently clicked and erased all of it. Grrr.. Sabar sabar..baru nak kongsi ilmu dah hilang sume info. Dah le tengah ngantuk. Huhu.



DOH TART:
165g @ 1 1/4 cawan tepung gandum*
8g @ 1 sudu besar rata tepung jagung*
12g @ 1 1/4 sudu besar rata tepung kastad* diayak
8g @ 1 sudu besar rata susu tepung (ku guna full cream Dutch Lady, kadang-kadang Fernleaf)
113g @ 1/2 cawan mentega, suhu bilik
8g @ 1/2 sudu besar minyak sapi (ku guna butter je)
1/2 sudu besar gula kastor@gula kasar dikisar
1/2 biji kuning telor gred A
1/2 sudu teh esen vanilla


INTI JEM NENAS:
2 biji nenas muda
1 1/4 senduk gula pasir
sedikit esen vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Daun pandan
*I used ready-made jam, about 320g, 4g each for 80 pieces of tarts (or depending on your tart size.)

Sapuan:

1 biji kuning telur
1sb suhu cair/UHT (susu segar)
sedikit pewarna telur kuning
*semua bahan digaul bersama. Baca dalam forum kalau nak warna cantik letak sikit susu dan pewarna kuning


Cara buat doh tart:
  1. Pukul mentega, susu tepung, minyak sapi, dan gula hingga sebati.
  2. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul hingga sebati dan lembut (kalau susah nak picit keluar dari acuan, tambah mentega. Kalau terlebih lembik, tambah sikit tepung).
  4. Panaskan oven 150C.
  5. Ambil doh dan tekan acuan tart lebih kurang sepanjang 5cm atau lebih, dengan bahagian bergerigi acuan memandang ke bawah (ku guna acuan semperit je). NB:Kadang-kadang masa memicit tu dohnya menggulung dan pecah-pecah. Biasa ku picit atas sehelai kertas baking paper dahulu dengan bahagian rata acuan semperit memandang ke bawah. Lepas tu perlahan-lahan terlangkupkan doh yang dipicit tu. Jadi biar bahagian doh bergerigi pula memandang ke bawah, baru diletakkan inti nenas. Kurang sikit pecah-pecahnya.
  6. Letak inti jem nenas pada hujung doh, kemudian gulung secara perlahan guna hujung jari.
  7. Susun atas dulang membakar (atau boleh juga terus dimasukkan ke dalam cawan kertas untuk almond london tu).
  8. Ulangi sehingga habis. Sapu permukaan doh tart dengan kuning telur. Tip: Untuk mudah sapu kuning telur, simpan doh tart yang sudah siap dalam peti sejuk untuk beberapa minit atau hingga doh keras sikit, baru disapu kuning telur. Kalau terus sapu leceh, adunan sangat lembut lebih-lebih lagi kalau guna berus plastik. Atau, 5+- minits sebelum tart betul-betul masak, baru disapu kuning telur.
  9. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.
  10. TIP: Untuk elak doh mengeras atau kering ketika proses memicit dan menggulung, tutup bekas berisi doh dengan tuala atau cling film.
Cara buat inti jem nenas [ku beli ready-made je]:
  1. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  3. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  4. Kacau tanpa henti hingga likat.
  5. Angkat dan sejukkan.

Wednesday, February 16, 2011

Formspring

Ask me anything http://formspring.me/Sarahmysweety

Thursday, December 30, 2010

Slide

Thursday, November 11, 2010

MOOD


031.gif

hehehe......hari ni mood aku rasa cam nk mengata kat org je.....nape ye...?????  mungkin aku dah nyampah sgt kot tgk Orang Bodoh Berlagak Pandai..... yang bestnya siap dok ngajar aku....tergelak sendirian bagaikan org krg siuman.....